Monday 5 September 2011

Tinggal Kenangan....




Suria menyinari keheningan pagi... 
Ku sangka hingga ke petang namun hanya seketika waktu. 
Dan menjelma sang senja melenyapkan cahaya, 
menjelma engkau kegelapan malam....


Dalam kesyahduan malam yang dingin, angin menghembus irama sepoi bahasa
Tatkala itu jua, lamunan ku terhenti kerana kicauan 
sang pungguk merayu ke bulan untuk menjadi teman setia.

Kenangan silam yang menjangkau sedekad cinta,
masih segar di sanubari ini...... Kenangan terindah diantara kita berdua
terlalu sukar untuk dilupakan yang sentiasa mengamit
di lubuk sanubari kasih sayang.


Dikala hati hanyut dilamun cinta...
ketika itu jua ia berderai umpama kaca.
Bukan janji diharapkan, bukan sumpah setia yang dipinta
hendak ku ulang masa silam
namun masa hadapan menanti penuh harapan,
ku sangka kekal bahagia, rupanya hanya sementara.


Pemergian mu tanpa disangka...
Ku rindu senyuman mu
Ku rindu manja dan tawa mu
Ku rindu keayuan mu


Namun hati ini pasrah
dengan suratan takdir ilahi
Semoga kekasihku dirahmati
dan cinta kita masih utuh dihati...


Bersemadilah wahai kekasihku
Dalam keredhaan ilahi...
Kasih sayang mu tersemat dihati
Tidak akan ku lupa hingga akhir nanti......







Tuesday 12 July 2011

Teman-teman Seperjuangan di UTHM .

Teman-teman sepejuanganku....

Senyuman mu masih macam dulu. Raut wajah mu yang comel serta senyuman yang menawan masih tidak berubah...Hahahaha... Teringat kenangan kita kat UTHM. Banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan.Agak2nya apa kenangan yang paling terindah sekali.


Waktu ni kita kena berlakon sebagai pelanggan untuk kaunter CEC, Hari Terbuka UTHM. Konon-kononnya bawa adik datang untuk daftar kursus.
Peristriwa berlaku di Open Day Insep bertempat di ruang derma darah. Sekadar berlakon sakit sebab taknak derma darah.. Hahahahahaha..... So, jadi teman setia di tepi katil. Kawan sejati katakan....
Tiga dara pinggitan. Diantara 3 orang ni siapa lah yang dulu akan jejak kaki ke jinjang pelamin..... Yaya, Miera dan Bell.. Berita terkini dua orang dah bekerja dan seorang melanjutkan pelajaran... Semua orang ada masa depan, so kena fikir yang terbaik untuk diri sendiri.


Yang ni kelas terakhir pengukuran dan penilaian. Pensyarah Dr. Asri Selamat yang sentiasa positif dalam pemikiran. Masih teringat kata-kata Dr. Asri, bukan mudah untuk berjaya tapi terlalu mudah kita hampa..... Terlalu mudah untuk menjadi pelajar tapi bukan mudah untuk jadi pendidik...... Hayatilah dan fahamilah kata-kata itu.....
Segala keriangan, gelak tawa hanya jadi kenangan... Terlalu cepat masa berlalu dan usia makin meningkat. Sentiasa mencari erti setia kawan, perpaduan, kerjasama dan keyakinan sepasukan.
Masa bersuka ria.... karaoke jadi tempat membuang masa lapang. (Release tension katakan) Ini pasukan-pasukan yang selalu mengunjungi Red Box di Carrefour. Waktu minggu pertama melaporkan diri, suai kenal katakan....... So, yang pakai sweater biru tu dah selamat menjadi isteri orang. Selamat Pengantin Baru diucapkan dan yang pakai baju belang bakal mengikut jejak. Agak2nya bila majlis tu ye??? Jangan lupa jemput.... Hehehehehe......

Pada waktu ini, baru menghabiskan kursus peningkatan diri. Belajar buat resume, cara berpakaian, tata tertib dalam pertuturan dan temuduga. Yang di tengah tu, Puan Masita Misdi. sekarang berada di USA sambung belajar. Terima kasih Puan Masita dan En. Ali Baba kerana banyak membantu kami. Jasa kalian tidak dapat dibalas.....
Berada di pintu masuk library utama UTHM. Waktu ni library baru dirasmikan. Library universiti yang terbesar di asia.... Masa ni semua student Instruktur Latihan kena buat assignment tajuk Pendidikan Andragogi (Pendidikan Orang Dewasa).
Habis kelas malam, pantang ada ruang yang menarik pasti akan jadi tempat possing bergambar.

Inilah dia pelajar-pelajar Instruktur Latihan Insep Fasa 1 UTHM, Batu Pahat Johor. Yan, Ila, Wani, Aini, Aya, Miera, Amy, Nadia, Fiza, Che Ann, Bell, Sally, Yaya, Acap, Reza, Faris, Nizam, Ajay dan War. Ternyata ada kenangan pahit, manis yang telah kita tempuh. Ada yang bermasam muka, ada ketawa gembira dan pelbagai luahan perasaan untuk semua pengalaman kita dalam menempuh kehidupan. Yang pasti, setiap orang akan melalui setiap detik dengan perkara yang berbeza akan ditempuh. Aku harap kalian berjaya dalam mencapai impian dan cita-cita yang diidamkan......

Sunday 10 July 2011

Pelatih-Pelatih Ku

Wahai pemuda harapan bangsa, jangan putus asa dan hilang harapan jika gagal pada kali pertama. Capailah impian dengan usaha dan keyakinan diri. Carilah ilmu sebanyak mungkin agar martabat dan maruah dihargai oleh keluarga, bangsa dan negara.

Inilah pelatih-pelatih ku, bakal jurutera yang akan memimpin negara. Mencari keyakinan diri dengan belajar mencari ilmu pengetahuan, mencari diri dan memartabatkan diri. Dari raut wajah penuh semangat yang kental untuk berjaya... Insyaallah, berbekal semangat dan doa dari ibu bapa serta tenaga pengajar akan tercapai impian kalian.



Walaupun demam, dengan kekuatan dan semangat datang juga menghadiri peperiksaan... Kadang-kadang kasihan juga tengok tapi disebabkan semangat yang ada tak dapat nak halang. Keakraban antara mereka pun tak dapat dinafikan lagi... Semangat setiakawan dan kerjasama ternampak nyata

Saturday 9 July 2011

APRC and MRC


Disebabkan oleh event ni, aku menjejakkan kaki ke Kota Tinggi untuk 3 tahun berturut-turut. Bertugas sebagai Recovery Officer 2. Agak menarik juga tugasan ni, sebab dapat berkenalan dengan pelumba dari pelbagai negara dan pelumba tempatan. Banyak juga skill pemanduan yang jarang dapat dilihat sebagai contoh:


Kelajuan membawa padah... Walau secekap mana kita memandu, kalau leka pasti akan membawa padah.

Bandar Kota Tinggi


Bandar Kota Tinggi. Buat Kali ke 3 aku jejak kaki ke sana. Perubahan yang paling ketara adalah jalan yang semakin membesar dan kenderaan pun semakin banyak melalui Bandar Kota Tinggi. Apa yang menarik tentang Kota Tinggi adalah tempat paling bersejarah di Johor kerana kejadian Sultan Mangkat dijulang berlaku disini.